Home » About

About

Nama penuh aku Mohamad Norhisham Bin Mohamad Razi. Anak sulong dari 5 orang adik-beradik. Dilahirkan di Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan la…) pada 19 November 1980.

Berkelulusan Dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pekerjaan sekarang sebagai Project Director bagi syarikat Tekuma Enterprise. Sekarang dah tak minat nak bekerja dengan orang lagi sebab cita-cita aku adalah ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berkaliber.

Mempunyai beberapa orang kawan yang mempunyai minat yang sama dalam perniagaan seperti aku terutama sekali Mysticmind… Tapi sekarang dia bekerja di Karang Kraf… So aku kena la bertapak kukuh terlebih dahulu sebelum menjemput beliau menceburkan diri kembali ke alam perniagaan nih.

Mempunyai cita-cita yang mengunung tinggi… Aku perlulah berjaya dalam kehidupan aku terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga… Calon??? Jangan cakaplah setakat nih takde lagi… He he he he…

Apa lagi nak cerita pasal aku nih… Setakat jerlah dulu nanti kalau ada cerita-cerita yang menarik aku sambung lagi…