Home » Personal

Majlis Doa Selamat

15 August 2008 567 views 3 Comments

Lewat petang tadi telah selesai majlis doa selamat di rumah Nenek untuk aruah Datuk. Majlis dihadiri oleh kaum-keluarga terdekat, sanak-saudara, sahabat-sahabat aruah Datuk serta jiran tetangga. Aku setakat pergi makan jer… Aku memang tak boleh nak duduk lama kat rumah Nenek setiap kali kenangan-kenangan bersama aruah Datuk akan bermain-main di fikiran nih…

Lagi satu yag aku tak berapa nak bergaul sangat dengan sepupu-sepapat belah ayah aku, bila berjumpa jer takde soalan lain nak tanya… Bila nak kawin? Bab nih paling pantang dalam hidup aku kalau orang tanya. kadang-kadang malas nak cerita… Bila cerita jer diorang bukan nak faham sangat tentang kita. Apa yang diorang nampak, sepupu kau tu dah kahwin… Dah nak dapat anak pun… Tu lah kalau kerja cikgu dari dulu lagi dah senang…

Mentang-mentanglah aku nih ‘jobless’ diorang kondemlah aku… Yang penting aku minat berniaga… Cuma tuhan belum bukakan pintu rezeki lagi kat aku kot… Janji aku tak berputus asa… Sesungguhnya Allah telah berjanji kejayaan akan dikecapi oleh mereka-mereka yang tidak mudah berputus asa…

Berikut merupakan beberapa snapshot dari majlis doa selamat tadi…

Akhir kata sama-samalah kita membacakan Al-Fatihah buat Allahyarham Idris Bin Abd. Rahman Al-Fatihah…

Mak Ngah tengah mengemas

Mak Ngah tengah mengemas

Mak dan adik...

Mak dan adik...

Maksu tengah bekerja keras menyental pinggan...

Maksu tengah bekerja keras menyental pinggan...

Paklong aku yang buta akibat dengki khianat orang...

Paklong aku yang buta akibat dengki khianat orang...

Barisan makcik-makcik yang berkonvoi (tetamu akhir)

Barisan makcik-makcik yang berkonvoi (tetamu akhir)

Random Posts

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

3 Comments »

  • Nizam 'Mysticmind' Ahamad said:

    woow!.. dah ada pr 5! terkejut.. terkejut!

  • Sham Razi (author) said:

    Macam perli jer nih….

  • Nizam 'Mysticmind' Ahamad said:

    tau tak fer… :p

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.