Budak Kelantan
Pengarah : Wan Azli Wan Jusoh
Diterbitkan oleh : Grand Intensity Sdn. Bhd.
Bahasa : Melayu (loghat Kelate)
Genre : Drama
Kategori : U – Tontonan umum
Di tayangkan pada : 30 Oktober 2008
Barisan pelakon : Danny X-Factor ( Buchek), Bienda (Che Nοr), Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman (Jaha), Md Eyzendy Md Aziz (Li Bokbong), Wan Md Zuhari Wan Harun (Peija), Muhammad Haqqam Hakiri (Meghei Cikgu)
Sinopsis Cerita
Buchek dan Jaha, dua teman sekampung dengan kehidupan berbeda. Buchek, seorang graduan manakala Jaha, lepasan Sekolah Henry Gurney. Zaman kanak-kanak dan ketenangan di bumi Kelantan ditinggalkan hanya untuk dipertemukan kembali di Kuala Lumpur, kota idaman yang juga kota penuh dugaan.
Pertemuan itu mendedahkan kehidupan hitam Jaha ? pedagang dadah, perempuan dan liar, mendorong Buchek untuk membantu sehingga sanggup mengorbankan cintanya apabila menyedari temannya itu jatuh hati pada kekasihnya, Che Nοr.
Buchek rela melepaskan Che Nοr, namun mampukah cinta mengubah manusia seperti Jaha yang selama ini hidup berkiblatkan Barat itu? Salahkah Che Nοr mempertahankan cintanya pada Buchek dengan alasan soal hati bukan sesuatu yang boleh diperdagangkan? Sedang Buchek pula mempertikaikan pendirian Che Nοr yang dianggap lebih mementingkan diri daripada perintah Tuhan.
Satu pembunuhan berlaku lalu mencetuskan satu transisi dalam episod cinta dan hidup Jaha, Buchek serta Che Nοr.

Apa Komen Pengarah Filem Budak Kelantan
yang pasti aku bikin filem bukan sekadar saja-saja nak bercerita. ada benda yang aku cuba suarakan. seawal pra-tonton, malah lebih awal dari itu, di blog aku ni, aku ceritakan yang cerita aku dalam budak kelantan tu berlapis-lapis. ada cerita luar dan ada cerita dalam. tetapi yang sebenar-benar aku nak ceritakan memerlukan kupasan. bukan sekadar sekilas pandang.
pasca tayangan sesudah seminggu lebih, aku baca segala macam ulasan di akhbar dan di blog-blog. segala macam kesimpulan dapat aku lihat dari pengamatan penonton-penonton yang mengulas itu. seperti yang aku tekankan, khalayak punya tahap pemikiran yang berbeza. maka kesimpulan mereka dalam ulasan juga berbeza. aku tak mahu kata yang mana betul yang mana salah. satu karya telah aku siapkan dan telah aku hadapkan pada khalayak. kerja aku sudah selesai. selebihnya terserah pada minda khalayak untuk memberi tafsiran. tapi yang aku pegang ialah cerita dasar yang nak aku ceritakan. dari ulasan khalayak dapatlah aku tahu apakah cerita utama aku itu dapat dilihat mereka atau tidak.
Teruskan pembacaan komen beliau…
Pelakon Utama Filem Budak Kelantan
Danny (X-Factor) dan Bienda
Confirmation Ad Filem Budak Kelantan
[confirmation]http://www.youtube.com/watch?v=QMWKIaP3J50[/confirmation]
Sham Razi
Alhamdulillah akhirnya ada juga pengarah dari Kelantan yang berbakat untuk mengarah sebuah cerita yang menggunakan dialek (loghat) Kelantan (hampir keseluruhannya). Tahniah di atas kejayaan anda. Semoga akan ada sambungan untuk cerita ini (walaupun aku belum tengok lagi).
Di harap ramai lagi pengarah-pengarah muda yang berbakat di luar sana dapat menghasilkan filem-filem yang menggunakan bahasa daerah masing-masing. Mungkin selepas ini akan muncul pula ceriat seperti Budak Kedah, Budak Pahang, Budak Terengganu dan sebagainya la.
Semoga cerita-cerita seperti ini boleh pergi jauh seperti cerita Jangan Pandang Belakang yang pernah memenangi anugerah di Filipina.
Majulah Filem Tempatan Untuk Negara.















Leave your response!