Panggilan Dari Seorang Wanita…
Sebentar tadi aku mendapat panggilan dari seorang wanita, yang memberitahu supaya aku dapat hadir ke interview dengan MTD Capital pada 20 Sept nih.
Terkejut jugak aku bila mendapat panggilan ni. Apa tak nyer aku pun dah lupa bila masa pulak aku ada mintak keje dgn MTD nih. Lepas jer letak telefon baru aku teringat aku ada minta untuk jawatan Site Supervisor dgn MTD Prime Capital nih awal tahun baru nih. Pergh!!! lama giler dia punya proses tapisan bulan 9 baru dapat panggilan interview.
Tuh baru panggilan interview, bila pulak nak tunggu untuk keputusan interview? Entahlah mungkin sebab projek tuh ѕtаrt lambat kot…
Anyway jawatan Site Supervisor nih untuk Projek Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan sampai Terengganu kalau tak silap aku.
Harap² dapatlah jawatan Site Supervisor nih…
Ni serba ringkas tentang projek berkenaan.
Nama Lebuhraya : Lebuhraya Pantai Timur (Fasa 1)
Jarak Lebuhraya : 169 KM – Negeri Pahang
Kontrator Turnkey : MTD Capital Bhd.
PENGENALAN
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) adalah Lebuhraya 4 lorong 2 hala yang menghubungkan Karak dalam negeri Pahang ke Chendering dalam negeri Terengganu melalui Kuantan. Ianya merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak yang ada sekarang bermula dari Karak, Negeri Pahang (berhampiran dengan stesyen timbang JPJ sekarang) dan berakhir di Chendering, Negeri Terengganu melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Kuantan, Jabur, Bukit Besi, Ajil dan Chendering. Kerja pembinaan Lebuhraya ini sepatutnya bermula pada awal tahun 1999. Oleh kerana Syarikat terdahulu telah gagal membuat Perjanjian Konsesi ‘powerful’, kerajaan telah membuat keputusan untuk membiayai sendiri projek ini secara ‘turnkey contract’, dimana pembinaannya terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 (Negeri Pahang) dan Fasa 2 (Negeri Terengganu).
Fasa-fasa dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
Fasa 1 – Negeri Pahang
Sebagai permulaan untuk merealisasikan projek ini Kerajaan telah memulakan Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang 169 KM dimana ia adalah sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang ada sekarang bermula di Karak dan berakhir di Kuantan sempadan Pahang-Terengganu dan menawarkan projek ini kepada MTD Capital Berhad sebagai kontrator ‘turnkey’. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan Ogos 2000 dengan kos pembinaannya ialah RM 1.3 billion atau RM 7.5 juta sekilometer.
Maklumat Kontrak
Pegawai Penyelia : Ketua Pengarah Lembaga lebuhraya Malaysia.
Kontraktor Turnkey : MTD Capital Bhd.
Jurutera Perunding : Terratech Consultants.
Fakta Teknikal
- Laluan 4 lorong 2 hala dengan kelajuan rekabentuk 120 km/jam.
- Beroperasi secara sistem tol tertutup.
- Terdapat 52 buah jambatan melintasi sungai-sungai dan jalan-jalan sedia ada.
- Stesyen timbang JPJ (3 unit) iaitu: 1. Kg. Bintang, 2. Paya Rambutan, 3. FELDA Panching Timur
- Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) (4 unit) iaitu (2 unit) di Kg. Bintang dan (2 unit) di Paya Rambutan.
- Hentian Sebelah (Layby) (6 unit) iaitu (2 unit) di FELDA Lakum, (2 unit) di FELDA Bukit Tajau dan ( 2 unit) di FELDA Pancing Timur.
- Terdapat 85 buah VBC (Vehicular Box Culvert) untuk kemudahan penduduk kampung melintasi lebuhraya.
- Sebanyak 8 Persimpangan Bertingkat yang dibina dalam negeri Pahang iaitu:
- Persimpangan Bertingkat Karak.
- Persimpangan Bertingkat Lanchang.
- Persimpangan Bertingkat Temerloh.
- Persimpangan Bertingkat Chenor.
- Persimpangan Bertingkat Maran.
- Persimpangan Bertingkat Sri Jaya.
- Persimpangan Bertingkat Gambang.
- Persimpangan Bertingkat Kuantan
Related Posts
Fatal error: Call to undefined function adsensem_ad() in /home/shamrazi/domains/shamrazi.com/public_html/wp-content/themes/arthemia/single.php on line 22
