Home » Movies

Filem Cinta – HEART

19 September 2006 2,329 views 8 Comments

Pelakon : Nirina Zubir, Irwansyah, Acha Septriasa, Ari Sihasale & Unique Priscilla.

Rachel, seorang gadis tomboy yang selamba. Farel, anak muda tampan yang bersifat seadanya. Persefahaman yang terjalin sejak kecil menjalin satu persahabatan? Sehinggalah satu hari apabila Farel mengkhabarkan dia sudah jatuh cinta.

Cinta pandang pertama Farel pada Luna, seorang penulis komik yang misterius tapi anggun dan feminin. Rachel berusaha agar cinta Farel dan Luna bisa terjalin. Dan, tanpa disedari Rachel mula merasa cemburu. Lalu, dia berubah tampil lebih female kerana enggan kehilangan Farel ketika Luna mulai menerima cinta jejaka itu.

Farel dibuai cinta, dan Rachel yang dilanda kesepian berbohong, kononnya dia juga punya kekasih yang amat mencintainya. Tapi api cemburu membakar hati Rachel saat terlihat Farel dan Luna bercumbuan. Dia yang berlari tanpa arah menghadapi kemalangan yang menyebabkan kakinya kudung. Pada masa sama, Luna juga dirawat di sickbay sama.

Sekali lagi, Rachel harus melihat keutuhan cinta Farel dan Luna yang kritikal dan memerlukan penderma hati kerana penyakitnya. Lalu, sanggupkah Rachel menerima kenyataan pahit bahawa dia harus kehilangan Farel yang menyintai Luna? Sanggupkah Farel kehilangan Luna buat selama-lamanya? Dan, pengorbanan terbesar apakah yang diberikan seorang sahabat demi kebahagiaan sahabat yang juga kekasih hatinya?

HEART memberikan jiwa untuk sebuah ketulusan hati dan erti persahabatan.

Diarahkan oleh Hanny R Saputra, HEART menampilkan Nirina Zubir sebagai Rachel; Irwansyah (Farel) dan Acha Septriasa (Luna).

[confirmation]http://www.youtube.com/watch?v=_zr5ceTfsZw[/confirmation]

Related Posts


Fatal error: Call to undefined function adsensem_ad() in /home/shamrazi/domains/shamrazi.com/public_html/wp-content/themes/arthemia/single.php on line 22