Lewat petang tadi telah selesai majlis doa selamat di rumah Nenek untuk aruah Datuk. Majlis dihadiri oleh kaum-keluarga terdekat, sanak-saudara, sahabat-sahabat aruah Datuk serta jiran tetangga. Aku setakat pergi makan jer… Aku memang tak boleh nak duduk lama kat rumah Nenek setiap kali kenangan-kenangan bersama aruah Datuk akan bermain-main di fikiran nih…
Lagi satu yag aku tak berapa nak bergaul sangat dengan sepupu-sepapat belah ayah aku, bila berjumpa jer takde soalan lain nak tanya… Bila nak kawin? Bab nih paling pantang dalam hidup aku kalau orang tanya. kadang-kadang malas nak cerita… Bila cerita jer diorang bukan nak faham sangat tentang kita. Apa yang diorang nampak, sepupu kau tu dah kahwin… Dah nak dapat anak pun… Tu lah kalau kerja cikgu dari dulu lagi dah senang…
Read the rest of this entry »